Khamis, 24 Oktober 2013

Elakkan Pencuri Di Alam Maya

Assalamualaikum.

Pencuri ada di mana - mana rupanya. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan dalam talian di facebook page, tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa wujud insan sebegini.

Mereka yang terlibat dalam perniagaan secara 'online' di facebook page pastinya pernah atau memang sedang berhadapan dengan individu - individu tidak bertanggungjawab ini.

Ramai pelanggan yang berpotensi meninggalkan komen, kita sebagai pemilik page juga dengan begitu sabar dan ramah melayan setiap pertanyaan. Namun setelah seketika bakal pelanggan diam tanpa berita. Kita sebagai 'tuan tanah' terkulat - kulat ditinggalkan dengan sedikit hampa sambil berfikir..." kat mana silapnya?". Kemudian baru tersedar, rupa - rupanya pelangganku dikebas orang. Bukan kekasih hati sahaja yang berpotensi untuk dikebas ya, customer di Facebook page pun bisa dikebas.

Modus Operandi Si Pencuri Ini?


  1. Stalk Facebook Page yang menjual produk sama seperti mereka.
  2. Membaca komen - komen dan mensasarkan kepada 'potensial buyer'.
  3. PM atau inbox bakal pembeli dengan menawarkan harga yang lebih murah dari page tersebut
Mudahkan? 

Ok.. ada satu cara bagaimana untuk mengatasi masalah pelangganku dikebas orang ini. Iaitu dengan menyembunyikan komen - komen dari pelanggan yang berpotensi ini dari tatapan umum. Komen - komen pelanggan akan disembunyikan atau hidden dan hanya boleh dibaca oleh pemilik page sahaja. :)

Macamana caranya untuk menyembunyikan komen? 


Klik Edit Page --> Kemudian pilih Edit Settings ...

... akan dibawa sini seperti di aras. Pergi ke Page Moderation...

... di kotak Page Moderation, taip semua perkataan yang mungkin ditanya oleh bakal pelanggan seperti PM, harga, berapa dan sebagainya yang mungkin bakal pelanggan akan tanyakan.

Kemudian klik 'Save Changes'. Komen - komen bakal pelanggan yang mengandungi semua perkataan yang ditaip di Page Moderation tadi akan disembunyikan atau 'hidden' dari tatapan umum. 

Kaedah ini bukan sahaja boleh dipraktik oleh pemilik Facebook Page yang berniaga tetapi juga sesuai untuk mereka yang mempunyai Facebook Page untuk menyembunyikan komen - komen berunsur lucah atau mungkin provokasi? 
Semoga bermanfaat.

Loves,
Jemari Baju





Telekung Sembahyang Kain Sembahyang Baju Sembahyang

Assalamualaikum.

Kalau bahasa standard orang sebut Telekung Sembahyang. Kalau di Kelantan, telekung sembahyang dipanggil kain sembahyang. Yang jadi sedikit kelakar, orang terengganu panggil telekung sembahyang sebagai baju sembahyang. So persamaan linear yang terhasil di sini ialah,

kain sembahyang + baju sembahyang = telekung sembahyang

:)

Telekung sembahyang yang dulu - dulu kita guna kebanyakannya diperbuat dari kain cotton. Dan pada zaman dulu - dulu, demand ke atas telekung sembahyang ni tak macam sekarang. Semua orang pakai warna putih, semua dari kain cotton, yang penting boleh diguna pakai dan sah untuk solat.

Nipis ke, panas ke, sedap pakai ke, pinggang bergetah ke... jarang timbul persoalan sebegini. Janji ada telekung sembahyang. Cuma apabila kesedaran tentang isu - isu tertentu seperti nipis, kebersihan, penutupan aurat yang sempurna ketika solat dan keselesaan semakin timbul di kalangan muslimat, telekung sembahyang juga mengalami revolusi tersendiri bagi memenuhi kehendak permintaan pengguna.

Dari kain cotton, up grade ke kain jenis licin. Kemudian muncul semusim di mana semua tercari - cari telekung sembahyang bersulam. Ada yang mencari sampai ke Bandung, Indonesia untuk telekung sembahyang bersulam.

Kalau di Malaysia, satu tempat yang pernah saya kunjungi untuk dapatkan telekung sembahyang ialah di Pasar Serikin di Kuching, Sarawak. Pasar Serikin terletak bersempadan antara Sarawak dan Kalimantan. Pasar Serikin ini biasanya dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Peniaga - peniaga di Pasar Serikin rata - rata terdiri dari peniaga dari Kalimantan. Barang - barang yang dijual di sini terdiri daripada kain batik sarawak, tikar sarawak, barangan kraf dan juga telekung sembahyang sendiri. Harga telekung sembahyang yang dijual di sini berpatutan dan lebih murah berbanding yang terdapat di pasaran.

Trend terbaru telekung sembahyang yang melanda ialah telekung sembahyang lycra. Kalau dibuat pencarian tentang telekung sembahyang di Google, kebanyakkan pengguna tercari - cari telekung sembahyang lycra secara online pada harga yang murah.

Telekung Sembahyang yang diperbuat dari kain lycra sebenarnya ada berjenis - jenis. Ada yang diperbuat dari kain lycra korea jenis berat sehingga terhasil bentuk badan si pemakai yang pastinya tidak sesuai untuk digunakan untuk solat. Ada juga jenis kain lycra berat tetapi tidak menampakkan susuk tubuh si pemakai. Ada kain lycra yang mudah tertarik kainnya. Pakai sekejap dah berbulu - bulu kainnya.

Kalau diperhatikan dari segi harga, harga juga berbeza - beza. Yang murah tidak semestinya rendah kualitinya, yang mahal bukan jaminan itu yang terbaik. Cara terbaik, belilah dari mereka yang anda percayai. Dari mereka yang menitik beratkan KUALITI bukan mengejar KUANTITI semata - mata.

Jemari Baju pada November 2013 bakal diserikan dengan kehadiran Telekung Sembahyang Lycra. Telekung Sembahyang Lycra ini merupakan keluaran sulung yang terdiri daripada pelbagai warna menarik. Stok juga adalah terhad. Fabrik yang digunakan ialah kain lycra korea bermutu tinggi,  Insya ALLAH setimpal dengan harga yang ditawarkan. Harapan kami sebenarnya bukan setimpal, tetapi berbaloi. :)



Ciri - ciri Telekung Sembahyang Lycra ini ialah mempunyai dua lapisan sehingga ke bahu, pinggang kain bergetah dan Insya ALLAH, selesa untuk si pemakai. Harga sepasang Telekung Sembahyang Lycra ini hanyalah RM95. Pembelian secara online di page Jemari Baju , tiada caj akan dikenakan bagi penghantaran :)

Loves,
Jemari Baju

Ahad, 23 Jun 2013

QOMA'S BOUTIQUE OFFICIAL AGENT

Alhamdulillah. 
Jemari Baju kini merupakan agen rasmi bagi Qoma's Boutique :)
Sebagai agen rasmi butik, Jemari Baju diberikan hak kebenaran untuk memasarkan dua produk utama mereka iaitu Royal Kurung Sofea by QOMA dan Jamaica Fishtail Dres by QOMA yang sememangnya cantik dan menarik.

Royal Kurung Sofea by QOMA      

Royal Kurung Sofea by QOMA berharga RM250 sepasang. Terdiri dari 6 warna menarik untuk dipilih. RKS diperbuat dari kain Lycra Korea bermutu tinggi. Kain Lycra Korea bersifat lebih tebal dari kain lycra biasa di mana tidak begitu melekat di badan.

Baju atas RKS dan kain dijahit bersama. Namun ketelitian dalam menghasilkan baju ini menampakkan seolah - olah seperti sepasang baju kurung sebenar.

Tempahan untuk RKS dibuka sekarang sehingga 30 Jun 2013. Penghantaran akan mula dilakukan pada 7 Julai - 15 Julai 2013. Berikut dipaparkan beberapa soalan yang sering diutarakan oleh pelanggan berkaitan dengan RKS ini. :)

Antara soalan-soalan yang ditanya oleh customer yang nak beli ROYAL KURUNG SOFEA.

[S]: baju jahit sekali dengan kain kah?
[J]: yes dear jahit skali dengan kain tp bila pakai memang nampak 99% macam baju kurung.

[S]: baju ni berzip belakang ke?
[J]: takde zip tp kain stretch mmg akan boleh masuk

[S]: leher bentuk apa?
[J]: bulat biasa.

[S]: tak faham dengan status pre-order tu?
[J]: full payment kena settle dulu. start pos bermula 7-15hb July

[S]: boleh ke customer nk beli secara borong?
[J]: kalau wholesale RM150 sepasang minima 10 helai . boleh pilih warna & size

[S]: melekat dekat badan tak?
[J]: depends pada pemilihan size kalau nak yg ketat pilih smaller size kalau nak yg loose pilih bigger size. jgn risau bab saiz sbb kita ada saiz sampai XXL .

[S]: ada last date ke nak order baju ni?
[J]: last date utk order ialah 30 jun nah. jadi sesuai la bagi yang baru dapat gaji hujung bulan ni





Jamaica Fishtail Dress by QOMA



Jamaica Fishtail Dress by QOMA berharga RM120 sepasang. Terdiri dari pelbagai warna dan design yang menarik untuk dipilih. Dress ini juga diperbuat dari kain Lycra Korea yang berkualiti tinggi. 

JFD merupakan 'Ready Stock' di mana pembelian boleh dilakukan sekarang sementara stok masih ada. Untuk tempahan dan keterangan lanjut berkenaan dengan warna dan saiz, boleh lah berkunjung ke page kami iaitu Jemari Baju.


Selasa, 4 Jun 2013

Ali Dan Ulang.

Ada satu teka teki yang pernah saya dengar.

" Ada 2 beradik tinggal kat satu rumah, nama mereka Ali dan Ulang. Kalau Ali pergi ke sekolah, siapa yang tinggal di rumah ? "

Pernah dengar? Tahu tak apa jawapan?

Ulang. Kalau kalau bahasa biasanya bermaksud buat / cakap / praktik benda yang sama berkali - kali. Aktiviti mengulang ni sebenarnya wujud dalam dua bentuk. Bentuk memberi kebaikan, dan satu bentuk lagi memberi keburukan.

Ulang yang memberi kebaikan. 

Teknik mengulang biasa digunakan dalam sistem pembelajaran. Contoh apabila menghafal sifir, menghafal ayat hafazan atau ketika mengulangkaji pelajaran biasanya teknik mengulang akan digunakan.
Sama juga apabila kita ingin mempraktikkan sesuatu perbuatan supaya menjadi tabiat dan rutin, kita akan ulang dan ulang dan ulang perbuatan tersebut sehingga menjadi kebiasaan dan seterusnya dapat mengamalkannya tanpa paksaan.

Contoh yang diberi saya petik ( dan ubah sedikit ) dari ceramah Ustazah Fatimah Syarha, cuba dengar ayat - ayat berikut :

" Pen, kerusi, meja "
" Ali, Ulang, meja "
" Kek, biskut, meja "
" Mikrofon, pentas, meja "
" Baju Kurung, Kain Cotton, meja "

Apa yang melekat di fikiran kita setelah membaca ayat - ayat tersebut? Pastilah meja kan? Ini menunjukan teknik mengULANG memberi impak kepada mengingat.

Ulang yang membawa keburukan.

Ulang yang membawa keburukan saya lebih kepada ingin menfokus kepada apabila kita sering mengingati atau sering menyebut - nyebut perkara negatif yang kita sendiri tidak gemari. Perkara yang boleh membuat kita sakit hati, geram dan benci. Benci dengan perangai seseorang, kecewa dengan takdir yang menimpa diri atau geram dengan sikap pihak atasan yang memilih bulu.

Sekiranya ada sesuatu perkara atau seseorang yang boleh atau sering membuatkan kita rasa tidak senang, adalah baiknya sekiranya kita pendamkan sahaja.Memang sukar untuk dipendam, apatah lagi sekiranya membebel atau mengeluh memang sudah menjadi tabiat kita. Ini kerana, selagi kita menyebut, membebel, mengeluh, perkara tersebut akan semakin berat dan semakin menghantui kita. Kita akan jadi semakin geram dan semakin benci. Sedangkan kita semua sedar, geram dan benci merupakan salah satu dari penyakit hati.

Jika perlu diluahkan kekecewaan atau rasa sakit hati anda sekalipun, carilah orang yang betul - betul boleh membantu setelah anda meluahkan. Elakkan dari meluahkan perasaan kepada mereka yang mempunyai sikap suka mencurah minyak ke api. Lagi diulang cerita yang mengecewakan atau menyakitkan hati, hanya akan menambahkan rasa sakit hati atau kecewa dan bukannya dapat menyelesaikan masalah. Luahkan sahaja kepada mereka yang anda percayai, dapatkan nasihat terbaik dan cukup, jangan disebut lagi.

p/s : Dah dapat jawapan kepada teka teki tadi? Ulang baca lagi post ini :)

Sabtu, 8 September 2012

Jom lengkapi tuntutan aurat kita

Assalamualaikum!
Berapa ramai agaknya di antara Jemari Baju likers yang berstoking? Maksud saya, mereka yang memakai sarung kaki untuk melengkapi tuntutan aurat kita sebagai umat Islam. :)

Bagi mereka yang berstoking, rasanya rata - rata pernah mengalami masalah seperti mana yang sering saya alami. Susah untuk saya mencari stoking yang berkualiti dan tahan lama. Zaman awal - awal bekerja dulu, masa tu masih suka pakai kasut bertumit tinggi. Bila pakai stoking dan berkasut tumit tinggi, ibu jari kaki saya suka sangat 'tonjolkan' diri. Stoking saya koyak! Dalam seminggu, hampir tiap - tiap hari stoking / sarung kaki saya akan terkoyak. Akhirnya, saya tidak lagi memakai kasut bertumit tinggi, kerana tak tahan bekalan stoking asyik berkurang. Dah lah memang susah untuk saya mencari stoking yang baik kualitinya di pasaran.

Tapi nampaknya, dengan tidak lagi memakai kasut bertumit tinggi, masalah saya berperang dengan stoking belum selesai. Saya mungkin berjaya untuk tidak mengoyakkan stoking saya seminggu 3-4 pasang, tetapi dalam sebulan, akan ada sahaja yang terkoyak, tercalar hingga meninggalkan kesan benang tertarik. Walaupun bukan masalah besar hingga mejejaskan ekonomi negara, tetapi keadaan tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya rasa leceh. Tiap - tiap pagi sebelum keluar rumah, saya perlu belek betul - betul stoking saya untuk memastikan tiada yang tertarik benang atau tiba - tiba berlubang. Tambah - tambah lagi jika saya dalam keadaan kelam kabut atau rushing. Dah lah rushing, sarung je stoking, tengok - tengok ibu jari tersengih manja. Aduhai...

Nak dijadikan cerita, pertengahan tahun yang lepas, saya ditakdirkan 'bertemu' dengan hamba Allah yang menjual stoking dari Mekah. Kebetulan saya memang tercari - cari stoking yang berkualiti tinggi selama ini, tanpa berfikir panjang, terus saya bersetuju untuk membeli stoking dari insan tersebut. Memandangkan stoking tersebut dijual secara borong sahaja, maka saya telah memborongnya.Ya, saya borong padahal niat asal untuk kegunaan sendiri sahaja.

Alhamdulillah, stoking ini memang berkualiti tinggi. Selain dari fabriknya yang selesa, warnanya juga cun. Stoking jenama SANDY dari Mekah ini memang buat masa sekarang amat memuaskan hati saya lah. Panjang pun panjang, melebihi paras lutut.

Memandangkan saya borong stoking ini dalam kuantiti yang begitu banyak dan mustahil untuk saya guna semuanya, saya berhasrat untuk menjualnya kepada mereka yang berminat. Niat asal saya borong stoking ini memang bukan untuk diniagakan tau! Memang saya nakkkk sangat mencari stoking yang best. Ini lebih kepada sharing and caring kepada mereka yang mengalami situasi seperti saya sebelum ini. Siapa yang berminat, boleh PM saya di jemaribaju@yahoo.com atau lebih mudah sekiranya komen sahaja pada gambar di FB page, Jemari Baju. Ada 2 warna ya, hitam dan coklat. Saya jual murah - murah je, RM8 sepasang. Memang banyak di dalam stok saya sekarang. Untuk kawan - kawan saya yang sememangnya berstoking, saya akan pos kan kepada anda for free. You know who you are. :)




Rabu, 6 Jun 2012

Kain 3.5 meter cukup ke nak jahit baju sepasang ?

Gambar Ehsan Abang Google


Sejak dari kecil lagi, kalau tiba masa mak - mak kita sibuk memilih kain ela / pasang untuk semua anak beranak, pernah tak dengar mak - mak kita cakap.. " Cik Yah, kain kaler hijau purple tu kita nak 3.5 meter tau! Yang pink girly2 tu nak lagi 3.5 meter.." Ada? Tak ada kan..kalau ada pun mungkin sangat jarang. Yang kita tahu, kain semua dah disiap potong 4meter. Kalau dibeli dari gulung pun, mak kita akan minta tokey cina potongkan 4meter. Tak kiralah pembeli tu tinggi-rendah-lonjong-renek-slim-gempal, kebanyakkan akan minta potong 4meter :)

Jadi, bila sekarang ada yang berniaga kain dan dijual dengan ukuran 3.5 meter. Timbul tanda tanya juga pada diri ini, 3.5meter? Cukup ke nak dibuat baju? Dah lah kain yang 3.5 meter ni selalunya harga agak tinggi berbanding kain biasa yang dijual pada ukuran 4meter.

Tanya punya tanya, siasat punya siasat...akhirnya terjawab jual persoalan yang bermain di minda bermemory agak terhad ini. Rupa - rupanya, selain dari corak, warna dan jenis kain, ada satu lagi perkara tentang kain yang perlu kita tahu, iaitu BIDANG".

Kain yang dijual dengan potongan 4meter adalah kain berbidang 45". Bidang 45" ni kalau kita bentang, lebar/ tinggi kain hanyalah dari paras pinggang ke kaki sahaja (untuk mereka yang ketinggian +-165cm). Tapi, kalau kain berbidang 60", lebar / tinggi adalah lepasi kepala mereka yang ketinggian 165cm. Bermakna, kain bidang 60" ni adalah lebih lebar. So, tiada persoalan, 3.5 meter ni cukup ke tidak untuk dijadikan sepasang baju kurung. Mengikut pengalaman saya, kain 3.5 meter berbidang 60" dapat dijahit menjadi sepasang baju kurung + sehelai blouse. Atau, kain 3.5 meter berbidang 60" dapat menghasilkan sehingga 4 pasang blouse :)

Take your calculator, and make your own calculation, ada untung ke tarak untung... Selamat Membeli!

p/s : Saya hanya kongsikan sedikit pengetahuan dan pengalaman. Ada salah dan silap mohon tunjuk ajar dan teguran membina.

Salam,
Jemari Baju


Isnin, 28 Mei 2012

Polka polka fever...

Kain corak polkadot. Lama dah sebenarnya mula glamer dan menjadi pilihan ramai. Kalau dulu, hanya corak polkadot semata - mata, from head to toe, bulat - bulat je coraknya. Silap haribulan, memang sangat alien kalau salah pilihan warna dan saiz polkadotnya. Namun sejak akhir - akhir ini, nampaknya ada sedikit revolusi bagi kain pasang corak polkadot. Kalau dulu head to toe corak bulatttt je, sekarang dah ada polkadot berkaki. Which means, bahagian kaki kain ada corak - corak bunga, kemudian ke atas baru lah ada corak polkadot. Cakap banyak pun payah, apa kata jamu mata dengan kain corak polkadot terkini yang ada di Jemari Baju.

p/s : Limited stock sebab masih tak punya banyak masa tuk meronda - ronda mencari kain - kain cantik :)




p/s : Tolei kedai sendiri pun belum ada baju raya. Macamana ni? ;p