Assalamualaikum.
Kalau bahasa standard orang sebut Telekung Sembahyang. Kalau di Kelantan, telekung sembahyang dipanggil kain sembahyang. Yang jadi sedikit kelakar, orang terengganu panggil telekung sembahyang sebagai baju sembahyang. So persamaan linear yang terhasil di sini ialah,
kain sembahyang + baju sembahyang = telekung sembahyang
:)
Telekung sembahyang yang dulu - dulu kita guna kebanyakannya diperbuat dari kain cotton. Dan pada zaman dulu - dulu, demand ke atas telekung sembahyang ni tak macam sekarang. Semua orang pakai warna putih, semua dari kain cotton, yang penting boleh diguna pakai dan sah untuk solat.
Nipis ke, panas ke, sedap pakai ke, pinggang bergetah ke... jarang timbul persoalan sebegini. Janji ada telekung sembahyang. Cuma apabila kesedaran tentang isu - isu tertentu seperti nipis, kebersihan, penutupan aurat yang sempurna ketika solat dan keselesaan semakin timbul di kalangan muslimat, telekung sembahyang juga mengalami revolusi tersendiri bagi memenuhi kehendak permintaan pengguna.
Dari kain cotton, up grade ke kain jenis licin. Kemudian muncul semusim di mana semua tercari - cari telekung sembahyang bersulam. Ada yang mencari sampai ke Bandung, Indonesia untuk telekung sembahyang bersulam.
Kalau di Malaysia, satu tempat yang pernah saya kunjungi untuk dapatkan telekung sembahyang ialah di Pasar Serikin di Kuching, Sarawak. Pasar Serikin terletak bersempadan antara Sarawak dan Kalimantan. Pasar Serikin ini biasanya dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Peniaga - peniaga di Pasar Serikin rata - rata terdiri dari peniaga dari Kalimantan. Barang - barang yang dijual di sini terdiri daripada kain batik sarawak, tikar sarawak, barangan kraf dan juga telekung sembahyang sendiri. Harga telekung sembahyang yang dijual di sini berpatutan dan lebih murah berbanding yang terdapat di pasaran.
Trend terbaru telekung sembahyang yang melanda ialah telekung sembahyang lycra. Kalau dibuat pencarian tentang telekung sembahyang di Google, kebanyakkan pengguna tercari - cari telekung sembahyang lycra secara online pada harga yang murah.
Telekung Sembahyang yang diperbuat dari kain lycra sebenarnya ada berjenis - jenis. Ada yang diperbuat dari kain lycra korea jenis berat sehingga terhasil bentuk badan si pemakai yang pastinya tidak sesuai untuk digunakan untuk solat. Ada juga jenis kain lycra berat tetapi tidak menampakkan susuk tubuh si pemakai. Ada kain lycra yang mudah tertarik kainnya. Pakai sekejap dah berbulu - bulu kainnya.
Kalau diperhatikan dari segi harga, harga juga berbeza - beza. Yang murah tidak semestinya rendah kualitinya, yang mahal bukan jaminan itu yang terbaik. Cara terbaik, belilah dari mereka yang anda percayai. Dari mereka yang menitik beratkan KUALITI bukan mengejar KUANTITI semata - mata.
Jemari Baju pada November 2013 bakal diserikan dengan kehadiran Telekung Sembahyang Lycra. Telekung Sembahyang Lycra ini merupakan keluaran sulung yang terdiri daripada pelbagai warna menarik. Stok juga adalah terhad. Fabrik yang digunakan ialah kain lycra korea bermutu tinggi, Insya ALLAH setimpal dengan harga yang ditawarkan. Harapan kami sebenarnya bukan setimpal, tetapi berbaloi. :)
Ciri - ciri Telekung Sembahyang Lycra ini ialah mempunyai dua lapisan sehingga ke bahu, pinggang kain bergetah dan Insya ALLAH, selesa untuk si pemakai. Harga sepasang Telekung Sembahyang Lycra ini hanyalah RM95. Pembelian secara online di page Jemari Baju , tiada caj akan dikenakan bagi penghantaran :)
Loves,
Jemari Baju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan