Assalamualaikum!
Berapa ramai agaknya di antara Jemari Baju likers yang berstoking? Maksud saya, mereka yang memakai sarung kaki untuk melengkapi tuntutan aurat kita sebagai umat Islam. :)
Bagi mereka yang berstoking, rasanya rata - rata pernah mengalami masalah seperti mana yang sering saya alami. Susah untuk saya mencari stoking yang berkualiti dan tahan lama. Zaman awal - awal bekerja dulu, masa tu masih suka pakai kasut bertumit tinggi. Bila pakai stoking dan berkasut tumit tinggi, ibu jari kaki saya suka sangat 'tonjolkan' diri. Stoking saya koyak! Dalam seminggu, hampir tiap - tiap hari stoking / sarung kaki saya akan terkoyak. Akhirnya, saya tidak lagi memakai kasut bertumit tinggi, kerana tak tahan bekalan stoking asyik berkurang. Dah lah memang susah untuk saya mencari stoking yang baik kualitinya di pasaran.
Tapi nampaknya, dengan tidak lagi memakai kasut bertumit tinggi, masalah saya berperang dengan stoking belum selesai. Saya mungkin berjaya untuk tidak mengoyakkan stoking saya seminggu 3-4 pasang, tetapi dalam sebulan, akan ada sahaja yang terkoyak, tercalar hingga meninggalkan kesan benang tertarik. Walaupun bukan masalah besar hingga mejejaskan ekonomi negara, tetapi keadaan tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya rasa leceh. Tiap - tiap pagi sebelum keluar rumah, saya perlu belek betul - betul stoking saya untuk memastikan tiada yang tertarik benang atau tiba - tiba berlubang. Tambah - tambah lagi jika saya dalam keadaan kelam kabut atau rushing. Dah lah rushing, sarung je stoking, tengok - tengok ibu jari tersengih manja. Aduhai...
Nak dijadikan cerita, pertengahan tahun yang lepas, saya ditakdirkan 'bertemu' dengan hamba Allah yang menjual stoking dari Mekah. Kebetulan saya memang tercari - cari stoking yang berkualiti tinggi selama ini, tanpa berfikir panjang, terus saya bersetuju untuk membeli stoking dari insan tersebut. Memandangkan stoking tersebut dijual secara borong sahaja, maka saya telah memborongnya.Ya, saya borong padahal niat asal untuk kegunaan sendiri sahaja.
Alhamdulillah, stoking ini memang berkualiti tinggi. Selain dari fabriknya yang selesa, warnanya juga cun. Stoking jenama SANDY dari Mekah ini memang buat masa sekarang amat memuaskan hati saya lah. Panjang pun panjang, melebihi paras lutut.
Memandangkan saya borong stoking ini dalam kuantiti yang begitu banyak dan mustahil untuk saya guna semuanya, saya berhasrat untuk menjualnya kepada mereka yang berminat. Niat asal saya borong stoking ini memang bukan untuk diniagakan tau! Memang saya nakkkk sangat mencari stoking yang best. Ini lebih kepada sharing and caring kepada mereka yang mengalami situasi seperti saya sebelum ini. Siapa yang berminat, boleh PM saya di jemaribaju@yahoo.com atau lebih mudah sekiranya komen sahaja pada gambar di FB page, Jemari Baju. Ada 2 warna ya, hitam dan coklat. Saya jual murah - murah je, RM8 sepasang. Memang banyak di dalam stok saya sekarang. Untuk kawan - kawan saya yang sememangnya berstoking, saya akan pos kan kepada anda for free. You know who you are. :)