Jumaat, 23 Disember 2011

Pemakaian Warna Baju Mengikut Hari

Seorang teman rapat saya pernah berkongsi ilmu, katanya, ada seorang penceramah motivasi memberitahu, pemilihan warna baju yang dipakai setiap hari mestilah mengikut hari. Ok, ayat macam tunggang langgang lalu haru biru, maklumlah eja iktibar pun baru tahu, sebelum ini eja ikhtibar. Nak mudah, tengok jadual kat bawah...

HARIWARNA
ISNINPUTIH
SELASAPINK / VIOLET
RABUBIRU
KHAMISKUNING / OREN
JUMAATHIJAU
SABTUMERAH
AHADHITAM

Maksudnya kalau hari Isnin, kita pilih baju berwarna putih. Kalau hari selasa, warna pink dan seterusnya. Apa reasonnya? Yup, itu jugak yang saya ajukan pada teman. Malangnya dia lupa. Walaupun reasonnya tak diberitahu, saya praktikkan juga. Sebabnya mengikut pandangan logik saya, mesti ada kebaikan. Cuma malas nak google. Padahal sekarang zaman maklumat di hujung jari,hehe..
Setelah berbulan - bulan diamalkan, hasilnya saya dapati :

  1. Hari - hari lebih teratur, sebab dah tau nak pakai baju warna apa, so pilih baju dari kelompok warna - warna tersebut sahaja.
  2. Lebih rajin nak 'kemas kini' almari baju, sebab nak atur dan sangkut ikut warna.
  3. Mula membeli kain pasang dari warna yang pelbagai supaya cukup stok mengikut warna bagi hari tertentu. Kalau tak sebelum ni asyik beli kain kaler pink. Bila buka almari baju 3/4 warna baju ialah pink. ( saya tak suka kaler pink, tp kalau kain pasang cepat tergoda dgn kain kaler pink )
Itu rumusan tak rasmi lagi tak tepat dari seorang pakar motivasi amatur. Untuk maksud yang lebih tepat, boleh rujuk pada blog di bawah :
  1. Bicara Gadis Hanim
  2. Warna Mengiku Hari-Setujukah anda?
Esok hari Sabtu, so pakat - pakat pakai baju kaler hitam!

p/s : Teman yang berkongsi tips ini suka kaler pink!Makan pink, tido pink, pakai pink..  :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan